Thursday, July 15, 2010

:: SS501 ::

.
.



Sekarang ni aku tengah gile layan lagu korea..nak2 SS501..sangat suka!!
.
.
LAGU2 BEST
.
* ur man
* love ya
* love like this this
* a song calling for you






























:: AFTER A WEEK ::



Rasa nak menulis pulak hari ni..hmm..sedar tak sedar dah seminggu aku buat part time..macam-macam gelagat orang aku boleh tengok..contohnya macam semalam..aku kena jaga DC [dessert counter] so aku kena buat aiskrim la..ada dua orang awek ni datang mintak choco top [sundae cone celup coklat] so sebagai pengaiskrim amatur, aku pun buatla aiskrim tu dengan penuh hati-hati sekali..but still, takla secantik kat dalam gambar..then bila aku bagi kat budak tu, pas aku cakap 'time kaseh', terus member dia cakap 'tak cantik' then diorang blah..perghh!!depan-depan siot..takleh blah betul..seb baik aku tak terasa langsung..hehe..cuma aku rasa diorang patut pegi sekolah balik la..belajar apa itu namanya 'manners'.. McD punya crew lain pulak ceritanya..ada yang sombong..dahla sombong, pekak pulak tu..aku mintak ketepi sikit nak ambik ais pun buat bodo je..last-last aku tolak..tau pun buat muka tak puas ati..lantak ko la..ada aku kesah..haha..ada gak yang ramah..tapi since dia paling tua berbanding yang lain, so dia bahasakan diri dia akak..and panggil aku adik..masalahnye umur dia 23..hehe..whatever la~~

laling aku bagitau baju raya aku yang tempah kat akak dia dah siap..yayyy!!mahal gak..tapi bila pikir-pikir balik memang patut mahal la..siap lining bagai..dengan pesyen-pesyen lagi..tapi takpa..akak aku bayaq..thanx sis!! (^__^)



Wednesday, July 7, 2010

:: MULUT ORANG - jangan terlalu diambil pusing ::

**something i wanna share ..**

Kisah Luqman al-Hakim Dengan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

:: PART TIME JOB ::

First post!
actually tidaklah terlalu teruja memandangkan aku sendiri tak tau nak tulis apa..

but this evening after office hour, aku akan memulakan sesuatu yang baru..yang bakal meletihkan diriku..tapi akan menebalkan sedikit poketku..PART TIME JOB..since aku tersangatlah bosan bila balik rumah lepas keje, and asyik membuta je bila tiba weekend, then baik aku buat something yang berfaedah..

harap-harap takde la yang bakal membuli aku..nak kenal dengan environment that place dulu, baru boleh judge..